Sunday, June 21, 2009

20/6/09 strawberry tart



Iuse the following recipe but I added strawberry paste & colour to the dough. I use ready made strawberry jam tart from Yummie for filling.

TAT GULUNG
Sumber : Hanieliza

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula
Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak
dalam 20 minit.

11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kalau kak liza rajin dan ada pembantu/kawan. .kak liza selalu buat kueh ni..
kalau rasa macam nak cepat jer.. kak liza buat saperti ini..masukkan bahan
adunan dalam acuan bunga dahlia/bunga cina tu dan pamkan dlm acuan kertas..
tekan tengah sikit.. pastu kak liza mmasukkan jem nenas dalam beg
pelastik kecil dan lubangkan hujung bucu.. pamkan jem kedalam adunan
bunga dahlia tadi..
bakar sehingga kuning keemasan..[15 - 20 minit gak]. cara ni memang
cepat..dan ada kelainan dari biskut tat yg selalu disajikan dirumah
orang lain.. tat dahlia sebelum dibakar
tat dahlia setelah dibakar

JEM NENAS [hanieliza]

1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu]
kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik
sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo]
Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas kisar]
Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak
der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..]
Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat.
Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi
kak liza rasa dah okey dah tu..
Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula..
kak liza tidak bubuh pewarna kuning..nanti jem tu lebam..dan juga apa
asam limau sebab nenas tu kak liza amik airnya..dah cukup masam
dah..original masam sebab nenas tu kan nenas muda..
kacau sehingga agak pekat dari jem nenas yg kita beli [dalam botol tu]..
so bila nak gunakan masukkan dalam pelastik saiz 5' x 7' tu..
aduhai panjangnye bab jem ni..

Cara membuat tart gulung
1. Bulatkan jem nenas dan ketepikan dalam pinggan [tujuannya untuk
mengelakkan tangan berlengas nanti]
2. Pamkan doh. Terbalikkan bahagian bunga jalur tart itu ke bahagian bawah.
3. Letakkan inti jem yg telah dibulatkan dan gulungkan. Potong
bahagian yg berlebihan.
4. Susunkan dalam loyang dan sapukan kuning telur. Bakar sehingga
kuning keemasan.
5. Siap untuk dihidangkan

No comments: