Saturday, April 26, 2008

26/4/08 Kek Lapis bercorak untuk hantaran

Ini dia kek lapis untuk tunang anak buah Kidir... Barulah makcikna ni tau nama sebenar tapi nama pendek anak buah ku sebab dari kecik panggil kidir aje... Harap-harap dia sukalah...Yang kek kipas pula Suzi jadikan hidangan minum petang lepas doa selamat....













21/04/08 Kek Lapis Kipas



Percubaan pertama Suzi selepas belajar dari Nomie. Inilah hasil kek lapis kipas.Warnanya kurang menyerlah & sebab tak berapa padat adunan ada yang cair.




Wednesday, April 16, 2008

12/4/08 Fancy cookies

I learn to bake & decorate fancy cookies from Ayu. My daughter also decorate these cookies.

Monday, April 14, 2008

13/4/08 Kelas kek lapis & carrot cake Afiq



Gambar kelas Yatie & Farah; Zakiah & Suzi. Nomie tak ada dlm gambar tapi anaknya jadi monitor kelas....heh heh heh

Semalam Suzi pergi kelas kek lapis Nomie & belajar buat kek lapis... Alhamdullillah ... terima kasih Nomie mencurahkan ilmu pada Suzi ...muah peluk cium on air ... Ini kek lapis yang Suzi belajar. Puaslah kita nak buat kipas tu menegak & melintang nasib baik tak terlentang.



Balik aje terus buat carrot cake untuk Afiq anak Ayu. Sebab birthday 2 tahun nak juga mencorakkan kek supaya ceria tapi rupanya tak boleh letak royal icing atas cream cheese ... tulisan & gambar jadi kembang... lepas tu letak fondant & lukis atas fondant...Suzi harapkan Afiq suka pooh & rabbit tu.

Tuesday, April 1, 2008

Bunga Lili ( another version) dari sugar paste

Bunga Lily sugar paste

Bahan-bahan yang diperlukan:

air masak
roller
stick
cutter
sponge
dough warna pink



1. Gelek dough & terap guna cutter.



2. Letak atas sponge & guris dengan stick. Tujuannya unutk memanjangkan kelopak.



3. Lekatkan kelopak yang akhir dengan air.



4. Tangkupkan sekejap unutk mendapat bentuk di atas belakang plastik telur.



5. Buatlah star hijau (ada dalam blog ni pada lily versi 1). Biar sia kering betul-betul barulah terbalikan.

Bunga Tahi Ayam (sun flower) using sugar paste

Hari ini mari kita belajar buat bunga tahi ayam lebih kurang sun flower.

Bahanbahan yang diperlukan:
Plastic bekas telur
penggelek
cutter & stick
sponge
sugar paste dough warna kuning & choklat
air masak untuk gam
nozle bentuk rumput




1. Gelek dough warna kuning & guna cutter untuk terap 3 keping dough.



2. Guna stick untuk bentukkan kelopak bagi ketiga-tiga bentuk dough tu.



3. Lekatkan dough bertindih di atas satu sama lain menggunakan air masak sebagai gam.



4. Tekan bahagian tengah dough dengan stick bulat.




5. Bulatkan dough warna choklat sebesar tengah bunga yang ditekan tadi.



6. Gunakan nozle unutk bentuk rumput untuk tekan dough choklat tadi.



7. Gamkan warna choklat tadi pada tengah bunga dengan air.



8. Akhir sekali keringkan bunga di atas plastik telur.