Wednesday, June 25, 2008

25/6/08 Liverpool Football Club & Butterfly

Malam tadi buat 2 kek Liverpool Football Club untuk Hazlina & Butterfly untuk Siti Radhiah



Monday, June 23, 2008

23/6/08 Black Forest for K.Siti

Last night I made black forest for K.Siti.

Sunday, June 22, 2008

22/6/08 Kek sulong anakku Athirah

Tadi Athirah buat butter cake kesukaannya resepi Chef Tania guna silikon mold.
Punyalah happy...




Cheese cake resepi cikgu Sue masih dalam oven ni ... dah 45 minit tapi bila keluar dia goyang sikit ertinya tak masak lagi lah so Suzi masukkan lagi dlm 30 minit. Besok baru letak blue berry & fresh cream.

Saturday, June 21, 2008

22/6/08 Kek Motorsikal

Malam tadi baru siap kek motorsikal untuk kawan mak saya. semalam order hari ni siap. Kalau cuti boleh siap 1 hari kalau kerja 2 hari nak siap satu kek. Biasa-biasa punya kek; kek choklat moist K.Mis dgn fresh cream.

Tuesday, June 17, 2008

18/6/08 Fancy Jelly - In the Ocean

Today early in the morning I made Fancy Jelly with the team of "In the Ocean". Similar to triffle it has swiss roll at the back and blue rubbies instead of red rubbies.



Recipe:

Red Rubbies. (Mat Gebu)

Bahan Utama :-)
300 g water chesnut (sengkuang cina)
1 camca teh pewarna merah*
2 camca besar air*(*disatukan)
4 camca besar tepung ubi
2.5 liter air ais
3 liter air

Bahan Lain :-)
Air gula (masak 3/4 cawan gula pasir dengan 3/4 cawan air dan 2 helai daun pandan)
500 ml santan pekat/susu cair/susu segar*...... (Saya pakai susu cair)
1/2 camca teh garam*(*disatukan) ...... (Saya skip yang ini)
Air batu secukupnya

Cara membuatnya :-)

  1. Kupas sengkuang cina (kalau susah nak dapat, boleh guna sengkuang biasa), cuci dan potong dadu, rendam dalam bancuhan warna merah dan biar 20 minit. Toskan dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi dalam beg plastik tadi, dan goncang hingga sengkuang tadi disaluti tepung ubi, ayak untuk membuang lebihan tepung.
  2. Panaskan 3 liter air hingga mendidih, masukkan sengkuang cina yang bersalut tepung ubi tadi dan biar hingga timbul. Cedok keluar biji2 delima yang timbul tadi dan terus masukkan ke dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar biji delima berendam dalam air ais.
  3. CARA PENYEDIAAN :- Dalam mangkuk sesuai, cedok keluar isi biji delima mengikut kuantiti yang dikehendaki, tuang pati santan dan juga air gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Letak air batu seckupnya. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...Selamat mencuba!!!

Sunday, June 15, 2008

15/6/08 Practise Fancy Jelly

My 1st attempt to make fancy jelly with fish in the pond design. The bottom is “agar-agar telur” jelly with eggs & coconut milk. I’ll try again some other time.

15/6/08 Jambangan bunga - project tertangguh

Hari ni barulah free nak siapkan project jambangan bunga dari sugar paste. Bunga carnation & jasmin dah siap 2 minggu lepas. Tinggal buat daun aje & gabungkan semua... Suzi letak base sugarpaste supaya dawai tak kena kek. Suzi letak atas board 10".

Masalah yg Suzi hadapi ialah ia mudah patah. 2 daun patah hujungnya sikit tapi Ok kut tak berapa perasan. Ini hasilnya...


My collection

My collection of cake server/stands:



These are my collection of trays:



Thursday, June 12, 2008

12/6/08 - Butter cake with butter cream

Yesterday I made this for Husna... Dah lama tak buat rose guna butter cream.


Tuesday, June 10, 2008

10/6/08 Agar-agar/Jelly

Semalam Suzi belajar-belajar buat flower guna agar-agar/jelly...



Seronoknya.... Boleh buat experiment baru... Berangan Suzi ni... Project buat bunga sugar paste buquet pun tak lepas lagi...hah hah hah... Ini hasil tangan Suzi. Suzi buat agar-agar buku... Bagus juga yer... Loyang yang ada boleh buat Jelly/agar-agar...



Ini pula hasil tangan sifu Ayu Yuliana & kawan seperjuangan...Cantikkan... boleh Suzi buat untuk mold train, guitar, castle & butterfly Suzi.




Alhamdullilah... & terima kasih tak terhingga kepada sifu kerana dapat belajar teknik baru ni...
Taklah boring asyik buat sugar paste aje...

Wednesday, June 4, 2008

4/6/08 Oreo Strawberry Cake - kek tunang



Baru aje jap tadi habis decorate kek tunang adik ipar.

Monday, June 2, 2008

2/6/08 Kek Keretapi Barang

2/6/08 Malam tadi buat kek keretapi barang untuk K.Nas & Linda... Selalunya buat kek ni parttimer mesti ambil 2 hari. Satu hari masak kek & sejukkan, hari kedua menghias. Tapi malam tadi pasang aircond full blast nak sejukkan kek sebab tak muat dalam peti ais... Adui jadi tinggi kos buat kek ni... Lain kali taubat tak nak ambil last minit order camni... Ini hasilnya.



Last weekend (1/6/08) I made carnation using Pn Nor's sugar paste resepi: