Friday, February 29, 2008

Teddy Bear



Kelmarin masa buat kek Guitar untuk Hazlina, Athirah anak ku mintak buat kek untuk dia. Subuh lagi Suzi buat kek teddy bear ni. Kebetulan pulak Birth day Kak Ray (resepi.net) hari ni March 1st. So bagi Kak Ray jamu mata ajeler...Petang Suzi buat binka jagung pulak.

Thursday, February 28, 2008

Guitar Lagi...



Kali ni kawan minta kek Guitar unutk harijadi anaknya...Biasalah Chocolate Moist Cake...Siap dengan talinya sekali...

Friday, February 22, 2008

Kek Hantaran Anak Buah




2 hari 3 malam Suzi nak buat kek hantaran anak buah Amad untuk Sarvina. Bunga rose & daun dari sugar paste. Atas kek lapis pucuk rebung di alas dengan fondant.

Monday, February 18, 2008

Sugar paste (Rose & Butterfly)




18/2/08 - Suzi malam semalam practise buat sugar paste dough. Pastu buat rose & rama-rama... niat dihati nak buat cupcake hias ros & rama-rama nak bagi ibu mertuaku and ipar.. tapi cancellah takut diorang tak suka ros tu... Suzi buat aje ros butter cream... tapi butterfly tu pakailah...
Butterfly tu Suzi guna teknik yang Suzi belajar fondant buat marble...warna- warni...
Agak-agaknya ada tak yang berkenan nak order...heh heh heh... saja jelah ...bergurau. .. mana ada masa nak buat butterfy production.. . itu pun tak tau tahan berapa lama... Ini resepi belajar dari Ida Bakery

Subject: resepi gumpaste/sugar paste
60g cornflour diayak tiga kali bersama 400g gula aising.
Campurkan dengan 22gm gam tragaganth.
Masukkan 60g air, 22gm glukos syrup. Uli.
Masukkan shortening 22 gm.
Uli lagi dan masukkan ke dalam plastik wrap.
Nak pakai, uli balik, untuk tak nak bagi melekat pada
tangan, sapukan shortening pada kedua belah tapak
tangan (nipis shj). Doh ini tidak boleh terkena angin.
Bahagian luarnya akan mengeras. Tetapi anda boleh
mengulinya semula/ Ia akan kembali lembut.

Saturday, February 16, 2008

17/2/08 Bingka Daging Bercheese


Pagi tadi Suzi try Bingka Daging Bercheese versi Rashidah. Sedap. Yang best sekali ia tak bergula sesuai untuk adik saya yang ada kencing manis. Makan tak boleh sekali banyak memang lemak bercheese nanti muak. tapi kalau makan sikit-sikit cepat habis.

BINGKA DAGING - Versi Rashidah
Bahan A
250 gm tepung
600 ml santan
100 gm mentega cair
5 biji telor
1 sudu teh garam

Bahan B
200 gm daging cincang
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada putih - dua2 ni dikisar halus
1 sudu teh Oregano (optional)
secubit garam

Bahan C
100 ml santan
50 gm keju cheddar parut
1 sudu teh tepong
(kesemua ini dimasak atas api perlahan hingga pekat)

Hiasan
5 batang cili merah dihiris
20 sen daun bawang dan daun sop di hiris
bawang goring

Cara membuat
Bahan B di masak dengan sedikit minyak hingga kering. Kering air aje, lembap sikit pun tak apa tapi daging mesti masak. Bahan A saya masuk dalam blender & blend dalam 1 minit. Bahan A boleh juga digaul dan dibancuh rata dan tapis tapi kalau blend pakai mesin tak perlu tapis. Masak dalam non-stick pan sehingga naik wap. (Lebih kurang bila dah nak mendidih dan nampak wap nya naik). Padam api. Sapu acuan 9 X 9 non stick dgan mentega. Masukkan Bahan A ke dalam acuan. Taburkan 1/2 Bahagian B di atas Bahan A. Bakar lebih kurang 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dan ratakan Bahagian C di atasnya. Masukkan setengah lagi bahagian B tadi dan tabur hiasannya. Bakar sekejap sahaja. lebih kurang 5 - 10 minit. Saya suka lebihkan jintan dan taburkan sikit oregano. Daging jangan kering sangat sebab nanti bila bakar tak cantik, kering. Kalau tak naik wap bleh juga tapi kena tunggu lama untuk masak. Saya lebih suka tak naik wap sebab rasa texture lebih lembut dan tak kental sangat. takut muak.

Saturday, February 9, 2008

9/2/08 - Cuppies with cream cheese & whipped cream



9/2/08 - I've made cuppies again but this time I frost them with cream cheese and whipped cream. The flowers are stablelised whipped cream and here I use air brush to give highlight on the yellow roses and carnation.



Cream Cheese Frosting


120g butter
120g icing sugar
250 cream cheese
1 tsp lemon/orange juice (optional)
1 tsp vanilla essence (optional)

Beat all the above till fluffy.

Tuesday, February 5, 2008

4/2/08 - Kek guitar & bulat chocolate moist




4/2/08 - Malam semalam marathon...Buat 3 adunan kek sekali gus.
Guitar untuk adik I (Aishah Nor) 2kg
Kek bulat untuk adik I (Surianor) bawa balik ke Terenganu 2kg
Lebih 17 buat cupcakes
5/2/08 - deco semua kek ni ikut kek bohsann Arlina.
Kali ni pakai Choc Moist K.Misleha
CHOCOLATE MOIST CAKE by: Misleha
BAHAN-BAHANNYA
250gm Butter
300 gm Castor sugar
1tbs Ovalet
6 biji telur
250 gm All purpose flour
2tsp soda bicabonate
1½ tsp baking powder
Secukupnya Chocolate Chip
PASTE (kacau semua bahan ni jadi paste)
1 cawan Coco Powder
60 gm Castor Sugar1
1 ¼ cawan Air
CARA-CARANYA
1. Pukul butter + castor sugar + Ovallet sehingga kembang
2. Masukkan telur sebiji-biji
3. Masukkan tepung berselang-seli dengan paste
4. Tuang adunan ke dalam tray berukuran 10 in
5. Bakar 160 mengikut kesuaian oven selama 45minit - 1 jam. Test guna lidi.
TOPPING COKLAT
300GM Whipping Cream
400gm Cooking Chocolate
1tsp butter
Didihkan whipping cream dengan api sederhana sehingga kelihatan sedikit bubble-bubble kecil, padamkan api, masukkan chocolate yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sehingga ketulan chocolate tu larut. Seeloknya buat topping 1 hari sebelum.

Sunday, February 3, 2008

Cup cakes decoration





2/2/08 - Suzi pergi kelas decorate cupcakes di Ida Bakery... Banyak juga Suzi belajar. Setiap class decorate cake yang Suzi pergi Suzi belajar benda baru... Terima kasih Ida. Di sini Suzi belajar buat rose, rose bud for ribbon, 3d butterfly, small flower guna cutter dari sugar paste (resepi sugar paste pun diberi). Decorate cupcake pula Suzi belajar swirl, icing flower garden, melukis outline guna black (wilton black + dark blue) & piping jel, baby with blanket dgn fondant. All together 10 cupcakes. Cayalah dari pukul 10.30am sampai pukul 3pm..Ini hasilnya... Suzi recommend pergi class macam ni kalau nak belajar basic decorating sebelum start belajar cake yang besar-besar tu... Suzi ni terbalik belajar deco cake besar dulu baru belajar yang kecil2... heh heh heh...Pastu balik practise jangan lupa...Gambar yang cup cake tu masa belajar..yang lain gambar practise. Suzi juga dapat tips yang butter cream boleh disimpan di luar selama seminggu. Sugar paste mesti di biarkan betul-betul kering & may take a day... Do not have to keep in covered container because it may produce moist and turn bad (fungus & mole). Sugar paste can be kept for 1 month.



Subject: resepi gumpaste
60g cornflour diayak tiga kali bersama 400g gula aising. Campurkan dengan 22gm gam tragaganth. Masukkan 60g air, 22gm glukos syrup. Uli. Masukkan shortening 22 gm. Uli lagi dan masukkan ke dalam plastik wrap. Nak pakai, uli balik, untuk tak nak bagi melekat pada tangan, sapukan shortening pada kedua belah tapak tangan (nipis shj). Doh ini tidak boleh terkena angin. Bahagian luarnya akan mengeras. Tetapi anda boleh mengulinya semula dan ia akan kembali lembut.