Friday, January 23, 2009

22/1/09 Selamat Pengantin Baru Zauf'an & Zyla



Kek masjid ini untuk dipotong hari ahad 25/1/09 masa hari persandingan.



Ini makan beradap yang sempat Suzi tolong hias. (telur puyuh & pegedil, ayam panggang & udang goreng).



Gambar pengantin masa mengantar ke rumah perempuan.



Kek buku ni kek hantaran masa pernikahan.




Resepi Fondant Lembut Chef Asma:


A. Ayak gula icing & masukkan sedikit dari 700gm kedalam mixer & buat well. Nipis ajepun tak pe sebab kita taknak geleatin lekat pada mixer tu.

700 gm gula icing

300 gm gula icing untuk menguli

Shortening sedikit untuk sapu pada tangan sebelum menguli fondant.

B. campurkan & biar kembang dlm 5 minit & double boil biar cair

¼ cup air

1 tbsp serbuk gelatine

C campurkan glukos & gliserin & campur pada gelatine cair atas double boil tadi. Agak2 dah sebati & suam.

4 tbsp liquid glukos

6 tsp gliserin

D. tuang campuran gelatine, glukos & gliserin kedalam well gula icing tadi & guna paddle atau K beater at low speed untuk mengandun. Sambil mengadun masukkan sedikit demi sedikit (1 sudu/senduk at a time) gula icing yang selebih 700gm tadi ke dalam adunan. Bila dah habis mengadun. Sapu tangan dgn shortening & uli dgn tangan & guna gula icing yang 300 gm tadi sehingga tak melekat pada tangan.Masa kita uli tu boleh letak esen tak berwarna kalau kita nak. Balut fondant tadi dgn cling wrap & simpan semalaman supaya dia set. bila nak guna meti uli semula supaya licin & padat. Fondant boleh disimpan lama dlm cling wrap & masuk dlm bekas kedap udara.

Cara menggelek fondant untuk lapik kek.

Sebelum kita lapik kek dgn fondant., kita mesti pastikan fondant cukup untuk lapik kek. Biar lebih jangan kurang. Ini guidelinenya.

kek bulat pakai kurang dari kek empat segi.

kek 9" bulat pakai 900gm fondant.kek 9" empat segi 1.1 kg tapi Suzi selalu buat 1setengah resepi diatas aje senang kepala otak ni malas kira.

kek 9" bulat pakai 900gm fondant.kek 9" empat segi 1.1 kg

kek 10" bulat pakai 1.1kg fondant.kek 10" empat segi 1.5 kg

kek 11" bulat pakai 1.5kg fondant.kek 11" empat segi 1.8 kg

kek 12" bulat pakai 1.8kg fondant.kek 12" empat segi 1.9 kg


Suzi guna tepung jagung masa menggelek fondant ni.. Boleh juga guna gula icing kalau nak. Gelek dia macam kita buat roti prata/capati kalau taulah...kalau tak tau satu hari gi kedai mamak tengok cara mamak tu gelek capati. Kejap2 celup tangan dlm tepung sapu atas dough & terbalikkan...lebih kurang camtulah. Cara mudah nak ukur lebar mana nak lenyek fondant ni ukurlah dgn papan kek. Fondant yang digelek mesti lebih dari papan kek tu. Kalau kek besar lebih kurang 1cm tebalnya tapi kalau kek kecik setengah cm pun Ok. Pastu jangan pulak lupa sapu nipis kek dgn jam/pipping jelly/butter cream. Tujuannya nak lekatkan fondant pada kek.

Cara letak fondant atas kek.

Gulung fondant tadi pada menggelek panjang supaya senang angkat & tak koyak. Mulakan dari ujung opposite kita yang jauh tu make sure cover hujung kek & lebihkan sikit& loggarkan fondant pada penggelek ke arah kita. Sapu atas kek berfondant dgn tanagan kita biar lekat pastu barulah buat yang tepi dinding kek. Kalau kek empat segi lepas sapu tangan nak bagi licin kat atas kek kita mulakan sapu tangan kita pada bucu dinding kek dulu barulah dinding yang tengah. Susahnya nak explain carilah you tube yang ada basic cover cake with fondant kalau nak tengok life demo. Kalau fondant retak tak licin, gunalah air sapu sikit pada bahagian retak tu dgn tangan hingga hilang retak tu.


Resepi Fondant Keras Chef Asma (Untuk lapis pertama kek yang nipis & untuk frill):

Bahan2
A.
5 camt gelatin (direndam 1/4 cawan air)
1 camb glycerine
2 camb liquid glucose (penuh)
1 camb shortening (paras) - guna crisco lebih putih & cantik.
1/2 camt cream of tartar (fungsinya untuk mengebukan fondant)

B
1kg gula aising prai diayak.

Cara:
Rendam gelatine dgn air, masak guna double boiler.
Apabila sudah cair campurkan semua bahan A.
Biarkan sejuk seketika. sapu mangkuk dgn sedikit shortening supaya fondant tak melekat.
Masukkan gula aising kedalam mangkuk dan tuang bancuhan A sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang boleh dicanai.
Jika adunan lembik tambah sedikit gula aising & jika keras tambah air panas suam.




5 comments:

Ija said...

wow!Cantiknya wedding cake tu...ada 3D masjid..uniq..so sweet kak...

Yani Finland said...

bagusnya kak suzi kongsi ilmu...semoga murah rezeki..

Fara said...

kak suzi.. i really admire ur deco.. so sweet.. :) thanks for sharing the knowledge kak..

suzinor said...

The toughest part is to completely cover the cake with cornely...

akma said...

salam akak..tq 4 sharing dis tips...i aprcte it...tqvm...