Comelnya.... Chocolate Moist cake & cuppies as usual.
Monday, March 30, 2009
Saturday, February 28, 2009
28/2/09 Fancy Jelly Marine Life & Fish for Siti Radhiah
Suzi buat kek agar-agar ini untuk Siti Radhiah. Satu untuk hantaran dan satu lagi untuk majlis perkahwinan. Suzi masukkan kek pandan gulung sebagai dasar kek agar-agar ini. Setiap warna ada rasa yang berbeza. Yang putih adalah campuran santan dan perasa pandan. Yang oren perasa mangga dan yang merah jambu perasa strawberry.
I made these today for Siti Radhiah. One for wedding gift and the other for the wedding. I put pandan swiss roll as the base of the jelly. Each colour has different flavour. The white is actually a mix of coconut milk and pandan flavouring. The orange colour has a manggo flavour and the pink is strawberry flavour.
| Malay Resepi Asas Agar-agar Sebahagian susu full cream UHT 2. Bagi mendapatkan warna kabut pada agar-agar tambahkan 2 camca besar campuran santan-UHT dan setitik warna bagi setiap 100gms campuran agar-agar. 3. Bagi mendapatkan warna yang jernih tambahkan 2 camca besar air panas bagi setiap 100gms campuran agar-agar. (ini bagi memsatikan kepekatan jelly adalah sama bagi semua corak). 5. Biarkan aje agar-agar mengeras dalam suhu biasa, tidak perlu di masukkan dalam peti sejuk sampai semua corak sudah digubah dan siap dihidangkan. Jika tidak agar-agar tidak bercantum sesame sendiri. 6. Ukuran bagi cecair di sini menggunakan berat (gm) berbanding dengan ukuran (ml) untuk memaastikan ianya tepat sebab lebih mudah ditimbang daripada dilihat ukuran pada mata kasar.
| English
I boiled jelly and rock sugar until dissolved. Switch off the stove. When it is about to harden I boiled them again. I discard pandan leaves because I want to put in other flavoring to the colors I have chosen. Basically the fish uses 3 colors i.e. white, red and black or white, orange and black. To make a fish:
|
Wednesday, January 28, 2009
Friday, January 23, 2009
22/1/09 Selamat Pengantin Baru Zauf'an & Zyla
Kek masjid ini untuk dipotong hari ahad 25/1/09 masa hari persandingan.
Ini makan beradap yang sempat Suzi tolong hias. (telur puyuh & pegedil, ayam panggang & udang goreng).
Gambar pengantin masa mengantar ke rumah perempuan.
Kek buku ni kek hantaran masa pernikahan.



Resepi Fondant Lembut Chef Asma:
A. Ayak gula icing & masukkan sedikit dari 700gm kedalam mixer & buat well. Nipis ajepun tak pe sebab kita taknak geleatin lekat pada mixer tu.
700 gm gula icing
300 gm gula icing untuk menguli
Shortening sedikit untuk sapu pada tangan sebelum menguli fondant.
B. campurkan & biar kembang dlm 5 minit & double boil biar cair
¼ cup air
1 tbsp serbuk gelatine
C campurkan glukos & gliserin & campur pada gelatine cair atas double boil tadi. Agak2 dah sebati & suam.
4 tbsp liquid glukos
6 tsp gliserin
D. tuang campuran gelatine, glukos & gliserin kedalam well gula icing tadi & guna paddle atau K beater at low speed untuk mengandun. Sambil mengadun masukkan sedikit demi sedikit (1 sudu/senduk at a time) gula icing yang selebih 700gm tadi ke dalam adunan. Bila dah habis mengadun. Sapu tangan dgn shortening & uli dgn tangan & guna gula icing yang 300 gm tadi sehingga tak melekat pada tangan.Masa kita uli tu boleh letak esen tak berwarna kalau kita nak. Balut fondant tadi dgn cling wrap & simpan semalaman supaya dia set. bila nak guna meti uli semula supaya licin & padat. Fondant boleh disimpan lama dlm cling wrap & masuk dlm bekas kedap udara.
Cara menggelek fondant untuk lapik kek.
Sebelum kita lapik kek dgn fondant., kita mesti pastikan fondant cukup untuk lapik kek. Biar lebih jangan kurang. Ini guidelinenya.
kek bulat pakai kurang dari kek empat segi.
kek 9" bulat pakai 900gm fondant.kek 9" empat segi 1.1 kg tapi Suzi selalu buat 1setengah resepi diatas aje senang kepala otak ni malas kira.
kek 9" bulat pakai 900gm fondant.kek 9" empat segi 1.1 kg
kek 10" bulat pakai 1.1kg fondant.kek 10" empat segi 1.5 kg
kek 11" bulat pakai 1.5kg fondant.kek 11" empat segi 1.8 kg
kek 12" bulat pakai 1.8kg fondant.kek 12" empat segi 1.9 kg
Suzi guna tepung jagung masa menggelek fondant ni.. Boleh juga guna gula icing kalau nak. Gelek dia macam kita buat roti prata/capati kalau taulah...kalau tak tau satu hari gi kedai mamak tengok cara mamak tu gelek capati. Kejap2 celup tangan dlm tepung sapu atas dough & terbalikkan...lebih kurang camtulah. Cara mudah nak ukur lebar mana nak lenyek fondant ni ukurlah dgn papan kek. Fondant yang digelek mesti lebih dari papan kek tu. Kalau kek besar lebih kurang 1cm tebalnya tapi kalau kek kecik setengah cm pun Ok. Pastu jangan pulak lupa sapu nipis kek dgn jam/pipping jelly/butter cream. Tujuannya nak lekatkan fondant pada kek.
Cara letak fondant atas kek.
Gulung fondant tadi pada menggelek panjang supaya senang angkat & tak koyak. Mulakan dari ujung opposite kita yang jauh tu make sure cover hujung kek & lebihkan sikit& loggarkan fondant pada penggelek ke arah kita. Sapu atas kek berfondant dgn tanagan kita biar lekat pastu barulah buat yang tepi dinding kek. Kalau kek empat segi lepas sapu tangan nak bagi licin kat atas kek kita mulakan sapu tangan kita pada bucu dinding kek dulu barulah dinding yang tengah. Susahnya nak explain carilah you tube yang ada basic cover cake with fondant kalau nak tengok life demo. Kalau fondant retak tak licin, gunalah air sapu sikit pada bahagian retak tu dgn tangan hingga hilang retak tu.
Resepi Fondant Keras Chef Asma (Untuk lapis pertama kek yang nipis & untuk frill):
Bahan2
A.
5 camt gelatin (direndam 1/4 cawan air)
1 camb glycerine
2 camb liquid glucose (penuh)
1 camb shortening (paras) - guna crisco lebih putih & cantik.
1/2 camt cream of tartar (fungsinya untuk mengebukan fondant)
B
1kg gula aising prai diayak.
Cara:
Rendam gelatine dgn air, masak guna double boiler.
Apabila sudah cair campurkan semua bahan A.
Biarkan sejuk seketika. sapu mangkuk dgn sedikit shortening supaya fondant tak melekat.
Masukkan gula aising kedalam mangkuk dan tuang bancuhan A sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang boleh dicanai.
Jika adunan lembik tambah sedikit gula aising & jika keras tambah air panas suam.
Sunday, January 11, 2009
10/1/09 Bread Pudding with Orange Sauce

I made this lovely bread pudding. I cut the amount of sugar in the sos by half.
Bread Pudding with Orange Sauce
Ingredient:
6 cawan cubed French bread
¾ cawan raisins
3 biji telur
300ml susu pekat manis
2 ½ cawan air panas
2 sudu makan butter, cairkan
1 sudu makan kulit oren parut
2 sudu teh vanilla
1 sudu teh serbut kulit kayu manis
¼ sudu teh garam
Sos:
1 cawan jus oren
½ cawan gula pasir
1 sudu makan tepung jagung
Preparation:
Preheat oven to 350ºF (180ºC). Grease a 9” x 9” (2.5 L) baking dish.
Place bread and raisins in a large bowl.
Combine remaining ingredients in a separate bowl. Add to bread and raisin mixture. Stir well to combine. Pour into prepared dish.
Bake in preheated oven 40 minutes or until knife inserted in centre comes out clean.
SAUCE:
Combine ingredients in a saucepan. Cook over medium heat and stir until thickened and bubbly. Serve over warm bread pudding.



