Sunday, October 19, 2008

19/10/2008 Cake & Fancy Cookies for IT Open House

Cake for IT department open house.



MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE
sumber : roylazim

Bahan Bahan A
180 gm. Butter
20 gm. cocoa powder - ayak
170 gm. Gula castor
3 biji telor
120 gm. tepong naik Sendiri - ayak
1 tsp. baking powder - ayak

Bahan bahan B
250 gm. cream cheese
60 gm. gula castor
1 tsp. vanilla essence
1 biji telor

Cara cara nya :-

(1) Pukul butter and gula.
(2) Masukkan telur sebiji demi sebiji.
(3) Masukkan tepung, koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
(4) Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
(5) Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
(6) Tuangkan baki adunan A.
7) Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins (kek ini boleh di kukus 1 jam texturenya lebih lembut atau stim bath method)
(8) Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.




Fancy cookies for IT depatment open house.





Inilah resepi yang Suzi guna. Ija bagi Suzi & memang sedap rasanya pada Suzi.

London Almond Cut Cookies

250gm mentega (Suzi pakai butter cup)
50gm gula icing
350gm tepung cookies (suzi guna tepung superfine + 1 sudu teh emplex)
50gm tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik
80gm serbuk badam
1/2 sudu teh vanilla

Pukul mentega, gula icing & vanilla. Ayak tepung cookies, tepung jagung & serbuk penaik. campur serbuk badam. Gaul adunan tepung dengan adunan mentega sehingga sebati.Canai & terap & bakar.

Note: Kalau nak choklat campurkan emulco & sedikit serbuk koko.

Icing untuk cookies
1 biji putih telur
200gm gula icing
1/2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh lemon/ clear vanilla (suzi guna kedua2nya sekali)

Note: Suzi guna 1/2 sudu teh cream of tar-tar.

pukul putih telur masukkan cream of tar-tar (kalau gunalah). terus pukul putih telur sambil masukkan gula icing satu sudu satu sudu sampai habis. masukkan tepung jagung & pukul lagi. Pipekan atas cookies. Bakar cookies yang dihias dlm 5 minit (nak bagi putih telur masak aje)

1 comment:

Ladyila said...

salam akak suzi...
nak tanya nie akak bakar cookies ni berapa lama n suhu ovennya berapa...
heheh saya nie baru nak belajar kak.