Wednesday, May 28, 2008

28/5/08 Sugar Paste Pn Nor




Alhamdullillah & terima kasih yang tak terhingga kepada Pn Nor...akhirnya terjawab juga sekian lama mencari resepi sugar paste yang tahan lama ...selama setahun...
Suzi tadi pergi belajar kat BWY kelas Pn Nor...
lepas ni bolehlah Suzi buat buquet bunga...

WARNING: Kalau anda guna hand mixer atau mixer yang kecil buat setengah adunan. Sewaktu memukul adunan ini akan kembang dan mengental dan boleh merosakkan mixer anda.

Resepinya mudah sgt... tak perlu CMC & tragaganth rasanya macam bunga ready made yang di jual di BWY. Tidak perlu ayak icing sugar.

Ini resepinya
250gm air
50gm gelatin
500gm icing sugar
campurkan air & gelatin sampai gelatin kembang.larutkan guna double boiler. Panas-panas tu masukkan dlm mixer tambah semua gula. mixer hingga kembang dalam 20 minit & simpan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam 1 ke 2 hari sebelum menggunakannya supaya dia set & mesra.
adunannya bergetah ala ala letex getah beku dari pokok getak & lembut macam mashmallow.

Note: Guna whisk. Masa Pn Nor tunjuk pun guna whisk. tak perlu sampai 20 minit. Bila dah tengok kembang putih macam rubber berhenti.

Cara gunanya...
Ambil sikit sikit lebih kurang unutk 1 kuntum bunga & uli dgn tepung jagung..Tak boleh ambil banyak sekali uli sebab dia cepat mengeras kalau kena angin.

Pantang larangnya: Jangan masuk peti sejuk. Jangan kena air. Simpan dlam bekas kedap udara di luar aje.

4 comments:

zaitgha said...

which to use paddle or dough hook to mix this paste?

nuyui said...

tq kak suzi 4 sharing the sugar paste recipe....and it's good coz don't to use tragagant gum...

yatt said...

suzi,

chek nak repeat soalan zaitgha. guna K-hook kah? atau J? atau whisk?
pastu @ what speed? low, medium atau high? consistently? atau staggered?

thanks

suzinor said...

Pn Nor tunjuk guna whisk. Suzi buat hari tu Suzi pun takut tak perlu sampai 20 minit agak dah kembang sangat macam rubber putih berhenti.