Saturday, March 8, 2008

7/3/08 Bunga Lily



Hari ni Suzi cuba buat bunga Lily untuk Ija.

Cara buat Bunga Lily:
Sugar Paste
Bahan2:
750gm gula icing
15gm gelatin
25gm putih telur (1 biji telur AA)
30gm glukos
45 ml air

Caranya,
1. Campur gelatin dgn air biar kembang.
2. Double boil campuran gelation hingga gelatin cair.
3. Masukkan glukos. Kacau sebati.
4. Masukkan gula icing dlm mangkok & tuang campuran gelatin diikuti putih telur.
5. Uli sebati.

Bila saya uli saya sapu tangan dgn shortening sebab tak nak dough lekat kat tangan....
bahan yg digunakan untuk buat lilly:
penggelek
lidi (kalau nak corak kalau tak nak tak perlu)
3 warna dough (dlm gambar violet, kuning, hijau)
acuan bentuk love dan bintang
bekas telur plastik
air masak (sebagai gam)



gelek dough violet & tekap bentuk love.



Gelek nipis bentuk love tu.



guna lidi untuk bentuk jalur garisan pada kelopak.



lekatkan bahagian atas bentuk M dgn air.



terbalikkan atas papan penggelek untuk persediaan seterusnya.



Gelek dough hijau, terap acuan bintang lekatkan bentuk bintang pada bahagian bawah bunga (kalau dah terbalikkan atas papan jadi bahagian atasnya)




letakkan bunga tadi di atas tempat telur.



Gentel dough kuning & lekatkan pada bunga menggunakan air.




Selesai.



Biar bunga dalam tempat telur sampai kering.

1 comment:

yatiecooking said...

marvellous!!!! Suzi dok kat mana? Kalu Yatie nak order berapa harga?