Saturday, February 16, 2008

17/2/08 Bingka Daging Bercheese


Pagi tadi Suzi try Bingka Daging Bercheese versi Rashidah. Sedap. Yang best sekali ia tak bergula sesuai untuk adik saya yang ada kencing manis. Makan tak boleh sekali banyak memang lemak bercheese nanti muak. tapi kalau makan sikit-sikit cepat habis.

BINGKA DAGING - Versi Rashidah
Bahan A
250 gm tepung
600 ml santan
100 gm mentega cair
5 biji telor
1 sudu teh garam

Bahan B
200 gm daging cincang
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada putih - dua2 ni dikisar halus
1 sudu teh Oregano (optional)
secubit garam

Bahan C
100 ml santan
50 gm keju cheddar parut
1 sudu teh tepong
(kesemua ini dimasak atas api perlahan hingga pekat)

Hiasan
5 batang cili merah dihiris
20 sen daun bawang dan daun sop di hiris
bawang goring

Cara membuat
Bahan B di masak dengan sedikit minyak hingga kering. Kering air aje, lembap sikit pun tak apa tapi daging mesti masak. Bahan A saya masuk dalam blender & blend dalam 1 minit. Bahan A boleh juga digaul dan dibancuh rata dan tapis tapi kalau blend pakai mesin tak perlu tapis. Masak dalam non-stick pan sehingga naik wap. (Lebih kurang bila dah nak mendidih dan nampak wap nya naik). Padam api. Sapu acuan 9 X 9 non stick dgan mentega. Masukkan Bahan A ke dalam acuan. Taburkan 1/2 Bahagian B di atas Bahan A. Bakar lebih kurang 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dan ratakan Bahagian C di atasnya. Masukkan setengah lagi bahagian B tadi dan tabur hiasannya. Bakar sekejap sahaja. lebih kurang 5 - 10 minit. Saya suka lebihkan jintan dan taburkan sikit oregano. Daging jangan kering sangat sebab nanti bila bakar tak cantik, kering. Kalau tak naik wap bleh juga tapi kena tunggu lama untuk masak. Saya lebih suka tak naik wap sebab rasa texture lebih lembut dan tak kental sangat. takut muak.